top of page

5 Perkara Perlu Tahu Sebelum ke Romania


Sejujurnya masa plan nak pergi Romania, memang tak tahu apa-apa langsung pasal country ni. Pergi pun sebab flight ticket murah dari London. Paling kelakar, bila borak dengan orang lain dekat backpackers, semua cakap benda yang sama. Datang Romania sebab tiket murah. Jadi hari ni saya nak tulis pasal 10 perkara yang perlu tahu kalau nak pergi Romania.

1. Romania ni TIDAK termasuk dalam senarai Schengen Area.

Ini bermaksud, nak masuk negara ni akan kena go through imigresen. Kalau sesebuah negara tu termasuk dalam Schengen Area, tak perlu go through imigresen. Pelik je rasa sebenarnya bila cross country tak payah buat apa-apa but it was an interesting experience.

Walaupun Romania bukan Schenegen Area, kita sebagai Malaysian tak perlukan visa kalau visit tu KURANG dari 90 hari. Jadi tak perlu untuk apply visa.

2. Bahasa Inggeris tak selalu digunakan disini

Tak tahu kenapa I expect orang disini fasih cakap bahasa inggeris. Apparently its not. Masa nak beli tiket bus untuk ke city dari airport pun orang kat kaunter dengan konduktor bus tak tahu cakap english. Tapi diorang SANGAT BAIK. Disebabkan semua tak faham apa yang saya cuba sampaikan, diorang bagi je naik for free. Rasa nak menangis waktu tu.

Ni lah pakcik yang baik tu! Sampai sekarang tak tahu nama pakcik ni apa. Gigih dia bagitahu nama dia tapi macam susah betul nak tangkap.

Masa nak beli pastries pun, makcik dekat kedai tu tak faham. Sudahnya dia bagi free je sebab susah nak bagitahu harga berapa.

So rajinkan diri untuk guna google translate dekat sini.

3. Duit

Kalau datang Romania from London, agak susah nak tukar currency siap-siap dekat London sebab jarang ada. Hanya Marks & Spencer/Bank sahaja yang ada, itupun kena order few days earlier.

Currency diorang agak confusing. Kejap RON kejap ROL kejap Lei kejap Leu kejap Bani sudahnya aku confuse.

Sebenarnya ROL tu currency lama diorang, sekarang ni diorang guna RON. 1 RON sama dengan 10000 ROL tapi tak payah risau sebab ROL dah tak digunakan lagi!

Bani tu duit syiling diorang. 1 Leu bersamaan 100 Bani.

Paling best pasal currency Romania, 1 RON = 1 Ringgit!!!

4. Kalau ingin ke Timisoara, pergi waktu musim panas

Ini Timisoara masa musim sejuk. Suasana sekitar dah macam pakai filter vscocam je.

Ni pulak masa waktu summer. Nampak ceria betul.

Dekat sini banyak aktiviti tutup waktu winter. Contohnya waktu summer, dekat river tu siap ada kayak lagi! Jadi agak rugi sikit kalau datang time winter.

5. Jangan lupa untuk cuba Romanian food!

Sejujurnya makanan dekat Romania ni agak pelik. Most of makanan dia agak berlemak.

Ni antara famous local food diorang. Basically its a cornflour meal then letak cheese and telur kat atas tu. Cuba bayangkan tepung jagung tu korang makan dengan cheese dengan telur. Pelik betul tapi dah sampai ni kenalah cuba.

Ada satu famous sup jugak, nama dia tripe soup. Sup tu masak macam biasa, tapi yang peliknya ialah dia letak sour cream and egg yolk dalam sup tu!

Also have a look at my Vlog!

I hope you find these tips useful!


bottom of page