top of page

RM3K untuk bercuti 2 minggu di Eropah!

Ramai terkejut apabila dapat tahu yang saya hanya menghabiskan RM3k apabila bercuti di Eropah selama 2 minggu. Sejujurnya, you can do better than me! Nak spend RM2K untuk 2 minggu pun possible sebenarnya tapi kena ikat perut dan kena ada daya ketahanan yang tinggi. Kalau RM3k rasa selesa sedikit.

Sebelum buat trip, saya dah tetapkan berapa jumlah duit yang saya boleh spend dalam masa satu hari. Disebabkan saya pergi untuk tempoh yang agak panjang, saya hadkan penggunaan duit kepada €30 sahaja! Masa plan tu memang rasa KAU GILA KE SPEND 30 EURO JE SEHARI, tapi believe it or not, its possible.

So ini cara-cara saya jimat berbelanja di Europe!

1. Pilih Negara yang Murah.

Kalau nak travel tanpa rasa nak menangis setiap kali tengok account bank, pergilah Eastern Europe atau negara yang less touristy. Generally negara di Eastern Europe memang murah berbanding negara yang lain. Currency pun lebih murah. Contohnya dekat Romania, currency dia sama dengan Malaysia! 1 Leu sama dengan 1 Ringgit ! Jadi bila beli makanan tu rasa macam beli kuih kat tepi jalan saja!

Bayangkan, dekat Budapest pula, tempat tinggal saya hanya RM15/€3 semalam! Selalunya saya akan gunakan Agoda & HostelWorld untuk cari deals yang murah.

Nak spend 30 Euro untuk sehari, mungkin terpaksa lepaskan hasrat untuk ke Paris atau Amsterdam sebab tempat ni mahal. Tapi jangan sedih sebab negara dekat Eastern Europe best gila. Another option is to gabungkan negara mahal dengan negara murah.

2. Pilih Bus & Kapal Terbang.

Tak faham sebenarnya kenapa dekat Eropah, tiket kapal terbang lagi murah dari ticket keretapi. Macam tak masuk akal sebab dekat Malaysia its the other way around!

Masa nak fly dari London ke Romania, tiket flight saya £5 pound sahaja! Dan sepanjang saya berada di sana, saya hanya menggunakan RyanAir sebab senang.

Bila buka website RyanAir, scroll sampai bawah dan cari Fare Finder. Dekat situ, kita boleh masukkan dari airport mana kita nak depart and website tu akan listkan semua tempat kita boleh pergi dengan harga below £20. Jadi agak mudah bila nak plan eurotrip.

Untuk senangkan hidup, download APP GOEURO dan app ni akan listkan options. Dari situ kita boleh pilih transport yang murah sekali. Paling menarik, dia akan includekan semua options termasuk car pooling!

3. Pilih tarikh yang off peak

Bercuti di musim winter jauh lebih murah dari summer. Musim lain tak pasti. Orang tak suka sangat bercuti waktu winter sebab sejuk gila, ada attractions yang tak bukak or tutup cepat and waktu siang agak pendek. Disebabkan perkara berikut, generally semua harga akan jadi lebih murah.

And winter kot! Ada salji. What else do you want.

3. Banyakkan Berjalan!

Nak jimat duit transport in the city, kena banyak berjalan! Kalau nak lebih hardcore, jangan naik public transport langsung. Sebab tu selain cari tempat tinggal murah, kita kena cari tempat tinggal yang dekat dengan attractions supaya tak habiskan duit dekat public transport.

Semasa berada di sana, jalan 20km sehari tu perkara biasa. Jadi sebelum travel, rajinkan diri untuk exercise supaya tak semput.

*Yes, Im talking about me*

Disebabkan saya berjalan banyak waktu travel, turun 6kg weh!

4. Buat benda free

Rajinkan diri untuk google free things to do ataupun berborak dengan pekerja hostel untuk tahu apa aktivi best yang tak payah keluarkan duit!

Lepas tu ada certain place, contohnya macam dekat Golden Lane dekat Prague, tempat ni akan jadi free lepas pukul 5 petang. Ada juga museum dekat certain place yang free on first week every month. Jadi sebelum ke mana-mana attractions, rajinkan diri untuk check website.

Lagi satu kalau korang students, jangan lupa bawak student card sebab banyak dapat discount.

5. Korbankan satu meal

Bila travel saya akan beli breakfast bar untuk jadikan breakfast sepanjang trip. Jadi dah jimat duit untuk breakfast. Kalau hostels tu dah sediakan breakfast, gunakan breakfast bar untuk dinner.

Saya beli breakfast bar sebab murah dan senang satu box tu ada sepuluh terus. Kalau tekak tak tahan breakfast bar, boleh bawak sambal goreng dan beli je roti dekat sini!

Tapi dalam berjimat tu jangan lupa untuk makan sedap jugak! Nanti menyesal.

Untuk eurotrip yang pertama, untuk 14 hari saya pergi

Timisoara, Romania

Budapest, Hungary

Berlin, Germany

Prague, Czech Republic

Rome, Italy.

Setiap hari hanya spent €30 euro untuk makan, tempat tinggal and attractions. Baki duit digunakan untuk transport, souvenirs dan juga nice meal once in a while.

Semoga tips ni berguna!

bottom of page